Friday, September 11, 2009

Boleh Ke Tak?

Tadi ada satu teman tanya saya, sewaktu sahur pagi tadi, semasa menyumbatkan kurma kedalam mulut, adzan Subuh pun berkumandang di corong radio...
Nak pendekkan cerita, dia pun telan terus...
Ini kes tak pasti-lah, samada puasanya boleh jalan terus atau tidak.
Saya pun beritahu dia 'to go ahead', teruskan puasa tu...
Kalau masih ada makanan di pinggan, habiskan saja makanan itu dan minumlah air walaupun sudah masuk waktu solat subuh.
Memang ada hadith yang membenarkan hal di atas, tapi tak ingat sangat riwayat dari siapa.
Tetapi kalau dah adzan Subuh, kita cuma habiskan makanan yang sedang dimakan 'half-way' itu. Janganlah ditambah atau 'add-on' pula hidangan tersebut. Macam gini bila nak habis makan, kalau asyik tambah sahaja.
Ada kekawan boleh refresh-kan hadith tersebut, thk you.

1 comment:

  1. Ada juga yg saya dengar, kita masih mempunyai waktu untuk menghabiskan hidangan kita selagi belum habis laungan adzan, dan juga sebelum qamat dilafazkan... Kalau silap maafkan...
    Kalau tak maafkan, kita M.O.H. jeng jeng jeng!..

    ReplyDelete