Friday, September 11, 2009

Mencari Malam Lailatul Qadr


Firman Allah SWT:-"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan (Lailatul Qadr). Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa kebesaran malam Lailatul Qadr itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sehingga terbit fajar."
(Surah al-Qadar:1-6)

Aisyah r.a. meriwayatkan, "Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila masuk malam sepuluh terakhir Ramadhan, baginda menghidupkan malam (dengan amal ibadah), mengejutkan keluarganya (bangun beribadah), bersungguh-sungguh (dalam ibadah) dan uzlah dari isteri-isterinya."
(HR. Bukhari dan Muslim)

Boleh Ke Tak?

Tadi ada satu teman tanya saya, sewaktu sahur pagi tadi, semasa menyumbatkan kurma kedalam mulut, adzan Subuh pun berkumandang di corong radio...
Nak pendekkan cerita, dia pun telan terus...
Ini kes tak pasti-lah, samada puasanya boleh jalan terus atau tidak.
Saya pun beritahu dia 'to go ahead', teruskan puasa tu...
Kalau masih ada makanan di pinggan, habiskan saja makanan itu dan minumlah air walaupun sudah masuk waktu solat subuh.
Memang ada hadith yang membenarkan hal di atas, tapi tak ingat sangat riwayat dari siapa.
Tetapi kalau dah adzan Subuh, kita cuma habiskan makanan yang sedang dimakan 'half-way' itu. Janganlah ditambah atau 'add-on' pula hidangan tersebut. Macam gini bila nak habis makan, kalau asyik tambah sahaja.
Ada kekawan boleh refresh-kan hadith tersebut, thk you.